KENALI ADCOPY

Pilih pakej yang sesuai.

Semak pakej AdCopy dan keperluan untuk bisnes anda.

Yang perlu anda tahu

AI copywriting menggunakan key OpenAI/Gemini anda; AI WhatsApp memerlukan key OpenAI anda. Kos provider berasingan. Akses ciri bergantung pada pakej, akaun dan modul yang tersedia. Checkout, recurring dan invoice diurus dalam akaun sebenar; demo tidak menerima pembayaran.

TENTANG PAKEJ

Jawapan sebelum
anda memilih.

AdCopy sesuai untuk siapa?

Usahawan yang menjalankan Meta Ads atau TikTok Ads dan mahu susun pertanyaan, lead, team sales serta kempen pelanggan melalui WhatsApp.

Boleh cuba tanpa daftar?

Ya. Ruang demo menggunakan data contoh dan boleh dicuba tanpa akaun. Ia tidak menyambungkan nombor WhatsApp, menghantar mesej atau menjalankan panggilan AI sebenar.

Link Wasap sama dengan iklan click-to-WhatsApp?

Link AdCopy ialah destinasi link untuk workflow yang menyokong URL. Iklan native Meta click-to-WhatsApp terus membuka chat WhatsApp yang ditetapkan. Ia tidak melalui rotator atau borang AdCopy secara automatik. Pilih aliran mengikut format dan keperluan iklan anda.

Perlu connect nombor untuk guna link?

Tidak untuk fungsi link dan rotator. Fungsi inbox, blast dan automasi memerlukan sambungan WhatsApp. Modul semasa menggunakan gateway tidak rasmi; kawalan penghantaran bukan jaminan nombor bebas sekatan.

AI termasuk dalam harga langganan?

AI copywriting menggunakan key OpenAI atau Gemini anda. AI WhatsApp memerlukan key OpenAI anda. Kos penggunaan provider adalah berasingan; semak keperluan ciri dan pakej sebelum menggunakannya.

AdCopy boleh tunjuk ROAS iklan?

Dashboard semasa menunjukkan klik link, lead yang direkod dan laporan kempen WhatsApp. Ia bukan laporan ad spend, ROAS atau atribusi jualan Meta/TikTok.

Semua akaun mendapat semua 33 ciri?

Katalog menerangkan keupayaan produk. Akses sebenar mengikut pakej, status akaun, konfigurasi dan modul yang tersedia. Semak pakej dalam halaman Harga atau akaun anda.

LANGKAH SETERUSNYA

Link pertama.
Kempen seterusnya.

Susun proses Wasap bisnes anda dengan AdCopy.

Mula Sekarang Teroka demo dahulu →